Tuesday, 5 March 2013

Pengenalan AIGS Penang :)

SMKA (P) AL MASHOOR


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor atau short formnya SMKA (P) Almashoormerupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 1920-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU DAN KESEMPURNAAN AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.



SEJARAH SEKOLAH

SMKA (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab (: di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama.Suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan cikgu pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, namanya Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan Habib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal (; di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar(masa ni RM2 tu kira mahal tau xD ). Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang. =) 
* macam tu lah alkisahnyaa..:) *


LOKASI DAN ALAMAT SEKOLAH 


Sekolah ini terletak di .....


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor

Medan Lim Cheng Teik, 
Jalan Burma 0250, 
Georgetown,
Pulau Pinang, 
Malaysia

PETA SEKOLAH







LOGO SEKOLAH



 


MAKSUD LOGO...


Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 

1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.    Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 

2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 

3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 

4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 

5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 

6. Warna : Kuning – Warna DiRaja DAN lambang kemuliaan 
                 Merah – bersemangat waja 
                 Putih – motif niat yang suci 
                 Hijau – warna keislaman.



VISI SEKOLAH

SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.


MISI

Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.


MOTO

Beriman, Berilmu & Beramal


SLOGAN

Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak



BARISAN PENTADBIR SEKOLAH




Berdiri dari kiri : Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) ,                                        
                           Ustazah Zainuryati Zakaria (GK Pendidikan Islam),                                                                Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional Teknik),                                                        En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa)

Duduk dari kiri : Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum),                                                                               Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran),                                                                                    Puan Solehah Bt Awang (Pengetua),                                                                                      Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM),                                                                                      Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam)

















No comments:

Post a Comment