Tuesday, 7 May 2013

Kokurikulum Sekolahh..

 Beberapa orang pelajar sekolah telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang disertai ialah nasyid , bahas , bola jaring , bahasa berirama , kalimatus sobah dan lain2 ..
 Semua pelajar yang terlibat telah bertungkus lumus untuk merangkul gelaran johan bagi
mengharumkan nama baik sekolah.

NAsyid - disertai oleh 8 orang pelajar sekolah.

Bahas -disertai oleh 5 orang pelajar.

Bola Jaring - disertai oleh 30 orang plajar (menengah atas dan menengah rendah )

Bahasa berirama - disertai oleh pelajar tingkatan 3 sahaja

KAlimatus sobah - disertai oleh seorang pelajar tingkatan 2 Iltizam .

Alhamdulillah , kesemuanya berjaya meraih TEMPAT PERTAMA .

Sekiann . . . ;)

KAwad KaKi ( KRS , PBSM , BOMBA )


Pada 23, 24 dan 25 April , pasukan kawad kaki sekolah telah menyertai prtandingan kawad kaki peringkat daerah .

Pasukan kawad kaki  PBSM terlibat untuk menyertai pertandingan pada 23 April.
Mereka telah berlatih bersungguh- sungguh untuk memenangi pertandingan kawad kaki ini.Buktinya , mereka telah berlatih kawad setiap hari di sekolah .

Bagi pasukan kawad kaki BOMBA pula , mereka bertanding pada 24 April iaitu pada hari Rabu.
Pasukan ini juga tidak kurang hebatnya . Mereka turut sanggup mengorbankan masa p&p demi mengharumkan nama sekolah . Mereka juga mempunyai peluang untuk berlatih kawad di Balai Bomba, Jalan Perak.

Pada 25 April pula , pasukan KRS pula bertanding di SMK Ayer Itam . Pada mulanya , pasukan kawad ini tidak mempunyai keyakinan kerana kawad kaki mereka masih tidak sama .Walau bagaimanapun, Penasihat ahli kelab ini telah memberi semangat kepada ahli2 kawad kaki. Pada malam 24 April iaitu sehari sebelum pertandingan , mereka bermalam di sekolah. Pada malam tersebut , mereka turut berlatih walaupun cuaca pada mlm itu hujan.

PAda  hari perasmian penutup , pengerusi pertandingan telah mengumumkan pasukan2 yang berjaya ke peringkat yang seterusnya. Dua pasukan kawad kaki SMKA (P) AL MASHOOR telah berjaya memenangi pertandingan tersebut iaitu pasukan PBSM dan KRS.
Selain itu , pasukan kawad kaki PBSM juga telah berjaya mendapat 'ketua platun terbaik' iaitu PUTERI BT KHALID .

Sekian ...Assalamualaikum  w.b.t ..:)