Tuesday, 7 May 2013
KAwad KaKi ( KRS , PBSM , BOMBA )
Pada 23, 24 dan 25 April , pasukan kawad kaki sekolah telah menyertai prtandingan kawad kaki peringkat daerah .
Pasukan kawad kaki PBSM terlibat untuk menyertai pertandingan pada 23 April.
Mereka telah berlatih bersungguh- sungguh untuk memenangi pertandingan kawad kaki ini.Buktinya , mereka telah berlatih kawad setiap hari di sekolah .
Bagi pasukan kawad kaki BOMBA pula , mereka bertanding pada 24 April iaitu pada hari Rabu.
Pasukan ini juga tidak kurang hebatnya . Mereka turut sanggup mengorbankan masa p&p demi mengharumkan nama sekolah . Mereka juga mempunyai peluang untuk berlatih kawad di Balai Bomba, Jalan Perak.
Pada 25 April pula , pasukan KRS pula bertanding di SMK Ayer Itam . Pada mulanya , pasukan kawad ini tidak mempunyai keyakinan kerana kawad kaki mereka masih tidak sama .Walau bagaimanapun, Penasihat ahli kelab ini telah memberi semangat kepada ahli2 kawad kaki. Pada malam 24 April iaitu sehari sebelum pertandingan , mereka bermalam di sekolah. Pada malam tersebut , mereka turut berlatih walaupun cuaca pada mlm itu hujan.
PAda hari perasmian penutup , pengerusi pertandingan telah mengumumkan pasukan2 yang berjaya ke peringkat yang seterusnya. Dua pasukan kawad kaki SMKA (P) AL MASHOOR telah berjaya memenangi pertandingan tersebut iaitu pasukan PBSM dan KRS.
Selain itu , pasukan kawad kaki PBSM juga telah berjaya mendapat 'ketua platun terbaik' iaitu PUTERI BT KHALID .
Sekian ...Assalamualaikum w.b.t ..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment