Beberapa orang pelajar sekolah telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang disertai ialah nasyid , bahas , bola jaring , bahasa berirama , kalimatus sobah dan lain2 ..
Semua pelajar yang terlibat telah bertungkus lumus untuk merangkul gelaran johan bagi
mengharumkan nama baik sekolah.
NAsyid - disertai oleh 8 orang pelajar sekolah.
Bahas -disertai oleh 5 orang pelajar.
Bola Jaring - disertai oleh 30 orang plajar (menengah atas dan menengah rendah )
Bahasa berirama - disertai oleh pelajar tingkatan 3 sahaja
KAlimatus sobah - disertai oleh seorang pelajar tingkatan 2 Iltizam .
Alhamdulillah , kesemuanya berjaya meraih TEMPAT PERTAMA .
Sekiann . . . ;)
Mashoor Islamic Girls =)
Tuesday, 7 May 2013
KAwad KaKi ( KRS , PBSM , BOMBA )
Pada 23, 24 dan 25 April , pasukan kawad kaki sekolah telah menyertai prtandingan kawad kaki peringkat daerah .
Pasukan kawad kaki PBSM terlibat untuk menyertai pertandingan pada 23 April.
Mereka telah berlatih bersungguh- sungguh untuk memenangi pertandingan kawad kaki ini.Buktinya , mereka telah berlatih kawad setiap hari di sekolah .
Bagi pasukan kawad kaki BOMBA pula , mereka bertanding pada 24 April iaitu pada hari Rabu.
Pasukan ini juga tidak kurang hebatnya . Mereka turut sanggup mengorbankan masa p&p demi mengharumkan nama sekolah . Mereka juga mempunyai peluang untuk berlatih kawad di Balai Bomba, Jalan Perak.
Pada 25 April pula , pasukan KRS pula bertanding di SMK Ayer Itam . Pada mulanya , pasukan kawad ini tidak mempunyai keyakinan kerana kawad kaki mereka masih tidak sama .Walau bagaimanapun, Penasihat ahli kelab ini telah memberi semangat kepada ahli2 kawad kaki. Pada malam 24 April iaitu sehari sebelum pertandingan , mereka bermalam di sekolah. Pada malam tersebut , mereka turut berlatih walaupun cuaca pada mlm itu hujan.
PAda hari perasmian penutup , pengerusi pertandingan telah mengumumkan pasukan2 yang berjaya ke peringkat yang seterusnya. Dua pasukan kawad kaki SMKA (P) AL MASHOOR telah berjaya memenangi pertandingan tersebut iaitu pasukan PBSM dan KRS.
Selain itu , pasukan kawad kaki PBSM juga telah berjaya mendapat 'ketua platun terbaik' iaitu PUTERI BT KHALID .
Sekian ...Assalamualaikum w.b.t ..:)
Tuesday, 16 April 2013
Tadarus pagi2 :)
Assalamualaikum w.b.t ,, ;)
Hari ni kami nak story2 pasal rutin harian kami kat sekolah .
Pagi2 tu , macam biasa. kami letak beg pastu p mkn kat kantin sat untk breakfast..
'MMMM..SEDAPPP2 nasi lemak mak cik tuu..(masa pagi jela..) :) '
mkn punya makan ..dah pukul 7.10 .. masa tu kami sembang2 dulu ngan kawan2 kononnya tntg subjek skolah laaa..
Pastu dah pukul 7.15 . Kami p kat gelanggang untuk nak duduk dlm halaqah..
Halaqah ni kalau nak tau (duduk dlm 1 bulatan ) ...
Lpas dah ddk , pkul 7.20 pg kami mula tadarus dengan kak naqibah (ketua usrah)
~TADARUS~
tadarus skolah kami mcm biasa..setiap ahli usrah perlu duduk dlm 1 halaqah..
pastu setiap orang akan baca lepastu kakak naqibah akan dgr dan tegur bila ada salah..
Surah pulak dimulai hari pertama tadarus Surah Al Fatihah...kemudian Al Baqarah dan seterusnya pd hari berikutnya....
mcm tu la...
habis tadarus pkul 7.30 mcm tu ...Alhamdulillah ~tenang skit jiwa ~
Itu ja kot hari ni..
Assalamualaikum w.b.t. (:
Hari ni kami nak story2 pasal rutin harian kami kat sekolah .
Pagi2 tu , macam biasa. kami letak beg pastu p mkn kat kantin sat untk breakfast..
'MMMM..SEDAPPP2 nasi lemak mak cik tuu..(masa pagi jela..) :) '
mkn punya makan ..dah pukul 7.10 .. masa tu kami sembang2 dulu ngan kawan2 kononnya tntg subjek skolah laaa..
Pastu dah pukul 7.15 . Kami p kat gelanggang untuk nak duduk dlm halaqah..
Halaqah ni kalau nak tau (duduk dlm 1 bulatan ) ...
Lpas dah ddk , pkul 7.20 pg kami mula tadarus dengan kak naqibah (ketua usrah)
~TADARUS~
tadarus skolah kami mcm biasa..setiap ahli usrah perlu duduk dlm 1 halaqah..
pastu setiap orang akan baca lepastu kakak naqibah akan dgr dan tegur bila ada salah..
Surah pulak dimulai hari pertama tadarus Surah Al Fatihah...kemudian Al Baqarah dan seterusnya pd hari berikutnya....
mcm tu la...
habis tadarus pkul 7.30 mcm tu ...Alhamdulillah ~tenang skit jiwa ~
Itu ja kot hari ni..
Assalamualaikum w.b.t. (:
Tuesday, 5 March 2013
Pengenalan AIGS Penang :)
SMKA (P) AL MASHOOR
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor atau short formnya SMKA (P) Almashoor, merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 1920-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU DAN KESEMPURNAAN AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.
SEJARAH SEKOLAH
SMKA (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab (: di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama.Suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan cikgu pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, namanya Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan Habib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal (; di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar(masa ni RM2 tu kira mahal tau xD ). Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang. =)
* macam tu lah alkisahnyaa..:) *
LOKASI DAN ALAMAT SEKOLAH
Sekolah ini terletak di ..... Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor
Medan Lim Cheng Teik,
Jalan Burma 0250, Georgetown,
Pulau Pinang,
Malaysia ![]()
LOGO SEKOLAH
MAKSUD LOGO...
Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini.
1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan.
2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja DAN lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.
VISI SEKOLAH
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015. MISI Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara. MOTO Beriman, Berilmu & Beramal SLOGAN Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak BARISAN PENTADBIR SEKOLAH ![]()
Berdiri dari kiri : Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) ,
Ustazah Zainuryati Zakaria (GK Pendidikan Islam), Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional Teknik), En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa) Duduk dari kiri : Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum), Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran), Puan Solehah Bt Awang (Pengetua), Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM), Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam) |
Subscribe to:
Comments (Atom)


